YB Law Choo Kiang

Krisis makanan akibat kelalaian kerajaan hidu ‘trend’ kenaikan harga komoditi

Posted by lawck on May 11, 2008

Krisis makanan akibat kelalaian kerajaan hidu ‘trend’ kenaikan harga komoditi – Azmin Ali PDF Print E-mail
Posted by Super Admin
Friday, 09 May 2008
(Harakah) – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Azmin Ali (KeADILan Gombak) dalam perbahasan Titah Ucapan yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat semalam menegaskan bahawa krisis kekurangan bahan makanan yang dihadapi negara kini semakin serius.

Masalah ini katanya berpunca antaranya akibat kegagalan kerajaan menghidu ‘trend’ kenaikan harga komoditi yang mula menonjol sejak dua tahun yang lalu.

Sepatutnya, kerajaan telah mengambil langkah-langkah awal untuk mengelak daripada berlakunya kekangan kepada bekalan bahan makanan. ujar Azmin.

Sebaliknya katanya, kerajaan lena dibuai harga eksport komoditi yang meningkat sehinggakan terlupa periuk nasi rakyat miskin.

Keadaan bertambah runcing apabila negara-negara pengeluar beras mengambil keputusan untuk tidak mengeksport beras ke Malaysia walhal negara kita hanya mampu mengeluarkan 70 peratus daripada keperluan rakyat Malaysia.

Bencana yang disebabkan oleh perubahan cuaca global seperti ‘cyclon’ yang melanda ‘Irrawady Basin’, Myanmar, yang merupakan pengeluar beras terus menyumbang kepada krisis bahan makanan, ujarnya.

Golongan petani, ‘the son of soil’ terus tertekan dan terhimpit kerana tidak mempunyai kuasa untuk menentukan harga pasaran hasil tanaman mereka, katanya.

Kata Azmin, kerajaan telah mengumumkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah bekalan beras yang semakin meruncing.

“Kita tidak boleh mempertaruhkan rizab negara untuk memasuki pasaran global dan membina ‘stockpile’ beras kerana ini hanya akan menyebabkan harga beras global terus melonjak,” katanya.

Negara juga berhadapan dengan risiko ‘stockpile’ kerana kebarangkalian membeli beras pada masa yang salah, katanya.

Azmin seterusnya mencadangkan langkah-langkah sebagai penyelesaian jangka masa pendek dan penyelesaian jangka masa panjang untuk mengatasi masalah kekurangan bahan makanan utama negara ini.

Kerajaan baginya, tidak perlu membuang masa untuk mengkaji keberkesanan BERNAS sebaliknya perlu mengakui bahawa dasar monopolistik yang wujud di kalangan pengimport barang keperluan utama.

Ini kerana kelompok ini terdedah kepada kecenderungan penyalahgunaan ‘Approved Permit’ (AP)(Permit Import) untuk mengimport barangan ini, katanya.

“Kerajaan perlu membuka peluang pasaran kepada pihak lain untuk mendapatkan AP atau lesen mengimport supaya keadaan monopolistik dan cartel dapat dipecahkan dan ‘free market forces’ dapat diwujudkan untuk menstabilkan bekalan beras negara ini,” ujarnya.

Kedua, kejatuhan harga pasaran saham menuntut kerajaan untuk mengkaji dan mengenalpasti syarikat-syarikat pengeluar dan pengeksport bahan makanan ini yang tersenarai di bursa negara-negara lain yang mungkin boleh dijadikan sebagai sasaran ‘Dawn Raid’.

Agensi kerajaan seperti Khazanah Nasional sepatutnya dapat mengambilalih pegangan ekuiti syarikat-syarikat ini pada harga yang munasabah dan seterusnya mengawal pengeluaran dan pengeksportan bahan makanan ini.

“Terdapat syarikat-syarikat pengeluar beras di negara ‘non-consuming rice-producing countries’ di Missisippi dan Florida, Amerika Syarikat.

“Kita sepatutnya menguasai syarikat-syarikat ini seperti mana syarikat Sime Darby dan Guthrie yang telah kita tawan dan kuasai. Jemaah Menteri perlu belajar dari sahabat seperjuangan saya, Ahli Yang Berhormat Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) yang mengepalai usaha berani ini,” ujarnya.

Setereusnya kata beliau untuk meringankan beban golongan petani, modus operandi sistem perbankan mesti dirombak untuk menjadi lebih fleksibel dan adil.

“Saya menyeru bank-bank tempatan untuk memberikan pinjaman kepada warga petani dan pesawah padi dengan skim pembayaran balik pinjaman hanya dilakukan pada waktu menuai,” katanya.

Modal besar untuk pembelian jentera pertanian bagi meningkatkan produktiviti, tidak boleh dibebankan kepada golongan petani.

Sehubungan dengan itu, Azmin mencadangkan satu mekanisme diwujudkan di mana syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC) membeli jentera yang diperlukan dan memajakkannya kepada warga petani.

“Saya juga ingin menyarankan supaya sektor pertanian negara ini melakukan anjakan paradigma ke arah pertanian berskala besar, di mana pengeluaran hasil pertanian mendapat manafaat daripada hal ini,” katanya.

Perkongsian pintar dan penyelarasan operasi di mana jentera dan infrastruktur dapat dikongsi di antara beberapa orang petani individu adalah satu cara untuk mempraktikkan faedah daripada ‘economies of scale’, katanya.

Peningkatan produktiviti aktiviti pertanian perlu menjadi agenda utama dan MARDI mesti memainkan peranan yang penting untuk menyediakan benih padi, baja dan kemahiran teknikal untuk mempertingkatkan lagi hasil pertanian yang sedia ada, katanya.

“Kita tidak memerlukan pengusahaan tanah yang luas, tetapi seharusnya kita menumpukan kepada peningkatan produktiviti dalam tapak kawasan tanaman yang sedia ada,” katanya.

Justeru ujar Azmin, dengan langkah-langkah yang telah usulkan besar kemungkinan negara dapat menangani masalah kekurangan bahan makanan.

Secara tidak langsung, dapat meringankan beban golongan petani yang sebahagian besar daripada mereka berpendapatan rendah atau ditakrifkan sebagai berada di bawah garis kemiskinan, tegasnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: