YB Law Choo Kiang

Archive for June, 2008

Kemaskini diary YB

Posted by lawck on June 19, 2008

Telah dikemaskini beberapa program yang telah diaturkan / akan dihadiri oleh YB mulai 18 Jun 2008.

Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Kenaikan Harga Minyak.. Bebanan Buat Rakyat

Posted by lawck on June 5, 2008

Belum sahaja Malaysia kecoh dengan krisis kekurangan bekalan beras, harga beras tidak terkawal, kini harga minyak pula meningkat dengan mendadak sehingga menjadi RM2.70 seliter.

Semua orang mengeluh, dimana-mana sahaja pasti ada suara rakyat yang merasa tertekan dengan kenaikan ini. Bagaimana pula dengan nasib para petani, nelayan yang menggunakan minyak untuk menjalankan aktiviti pekerjaan mereka.. Bagaimana nasib petani yang akan mengharapkan input pertanian tak akan meningkat lagi…

Mereka semua akan menanggung bebanan yang tinggi. Kos mereka akan meningkat, tetapi pendapatan mereka semakin menyusut. Industri Asas Tani juga merasai kesan kenaikan harga minyak kali ini. Bayangkan mereka perlu menghantar barang perniagaan mereka ke merata-rata lokasi. Pastinya mereka akan terpaksa meningkatkan harga jualan untuk menanggung kos pengangkutan.

Kerajaan negeri P.Pinang akan cuba mencari jalan untuk meringankan tekanan ekonomi para petani, nelayan & penternak. Tetapi semua pihak perlu bersama-sama berusaha bagi memastikan jalan penyelesaian yang dirancangkan berjaya dilaksanakan.

Posted in Uncategorized | Leave a Comment »